Ini adalah posting pertama aku kat facebook...sebab xde idea lagik...amik jelah kan..enjoy
Perjalanan menggunakan Putra LRT dari Ampang Park ke Jelatek yang bertambangkan RM 1.60 itu bukanlah perkara yang sentiasa menyenangkan.Kadangkala terpaksa menunggu dua tiga kali trip barulah dapat keluasan 1 kaki persegi; muat-muat untuk aku menyelit. Namun sudah 4 tahun berlalu….sudah menjadi biasa.Di ruang kecil itu,aku memerhatikan pelbagai gelagat manusia.ada yang membaca,ada yang senyap sahaja, ada yang berborak macam LRT ni pasar Keramat. Aku macam biasa, fikiran menerawang entah ke mana.Kejap di rumah.Kejap di ofis.
Namun hari nih…perbualan tiga budak sekolah yang bukan Melayu itu membuatkan fikiranku tidak kemana-mana.Ada je kat Putra tuh.Ku fokuskan genggaman tangan kanan ku di tempat gayutan.Tangan kiriku di dalam poket supaya nampak lebih maskulin.Mataku pura-pura merenung ke Bangunan Felda tetapi telinga ku tepat mendengar perbualan mereka.Seorang mengatakan kewujudan tuhan .Seorang menafikannya dan mahukan bukti yang dia boleh nampak dan seorang lagi bercakap “Please slow down your tone !!!”.Di dalam hatiku terdetik…payahnya kalo orang yang mencari tuhan menggunakan akal.
Pencarian kewujudan tuhan dengan menggunakan logik akal semata-mata tidak mencukupi dan mudah terpesong.Sebagai seorang Islam, kita ada satu lagi sumber yang maha tinggi dari akal yakni wahyu.Wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Wahyu yang dinamakan Al-Quran.Al Quran merupakan mukjizat yang paling agung dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad untuk disebarkan kepada seluruh umat manusia.Di dalamnya terkandung pelbagai bukti kewujudan Allah.
Penggunaan akal untuk mencari bukti kewujudan Allah tidak salah.Tapi janganlah kita berfikir tentang zat Allah (Penciptaan Allah) tapi fikirkan kehebatan ciptaanNya.Dari situlah kita dapat rasakan keagungan dan keEsaanNya.
Di dalam surah Yassin, Allah membuktikan kekuasaanNya melalui peredaran matahari dan bulan pada orbit masing-masing. Peredaran matahari dan bulan ini mengikut aturan tertentu. Andai ke semuanya terapung bebas, sudah pasti bumi ngan bulan dah lama berlanggar.Ketetapan orbit ini pasti dikawal oleh kuasa yang maha besar.Hukum Newton mengatakan sesuatu tidak akan bergerak melainkan ada yang menggerakkannya.Bagaimana bulan dan matahari yang berat di ruang vakum itu boleh bergerak jika tiada siapa yang menggerakkannya? Adakah kerana graviti seluruh entity di angkasa raya itu membolehkan bulan,bumi dan matahari bergerak dalam laluan bujur? Tak tercapai akal memikirkannya.Itulah kekuasaan Allah.
Dengan menggunakan akallah timbul teori evolusi Darwin yang ramai disokong oleh “mandai-mandai”kiawan. Menurut teori ini,segala kehidupan di muka bumi ini berasal dari keturunan yang sama.Keturunan ini berubah dari satu tahap ke tahap yang lain demi menyesuaikan diri terhadap perubahan alam yang sentiasa berubah. Proses ini mengambil jutaan tahun,maka terhasil satu spesis yang kompleks bernama manusia. Andai benar teori ini,manakah rangka-rangka manusia yang separuh siap itu? Berbadan manusia berkakikan beruk.Berbadan beruk berkaki kan manusia.Tiada!!! tiada satu pun wujud makluk seperti itu.Paling kuat yang aku jumpa muka Maya Karin tapi badan ikan.Tulang dinasour berjuta tahun tuh pun boleh jumpa. Didalam Al-Quran terang-terang menyatakan keturunan manusia berasal dari Adam dan Hawa bukannya daripada makhluk lain bertukar menjadi manusia.
Bagi golongan ateis,bumi ini terbentuk dari ketidaksengajakan.Tiba-tiba dah ada? Wahai golongan yang tidak bersyukur tiada benda di cakerawala ini yang tiba-tiba dah ada tanpa penciptanya.Di dalam Al-Quran, Allah berfirman bahawa langit dan bumi pada asalnya adalah satu.Dengan kekuasaanNya, Allah pisahkan kedua-duanya. Ini serupa dengan teori Big Bang yang menyatakan bahawa alam ini asalnya bercantum padu,kemudian berlaku letupan kuat sekita 14 billion tahun lepas.Selepas itu berlaku proses pengembangan dan penyejukan sehingga lahir bintang-bintan,planet-planet, dan galaksi.Allah maha mengetahui apa yang kemudian dan apa yang mendatang.
Perhatikan air hujan,70% bumi ini dikelilingi air laut.Tapi bila hujan turun, tidak rasa masin pulak rasanya. Kalo hujan tengah-tengah laut pun tak masin.Bijakkan ciptaan Allah. Allahlah yang menentukan kadar sejatan supaya air hujan tidak masin.
Lihatlah pada diri kita sendiri. Kita tahu darah mengalir di seluruh tubuh kita.Bergelen-gelen darah dipam oleh jantung dengan tekanan yang kuat. Tetapi darah langsung tak keluar kat rongga-rongga terbuka macam mulut ngan hidung.Semuanya mengalir di dalam urat-urat darah kita.Hebatkan penciptaan kita ini.
Banyak lagi kehebatan ciptaan Allah yang menunjukkan kewujudan Allah. Namun kalau hati tu dah gelap. Memang penafian itu sentiasa wujud. Bagilah berbilion bukti, hidayah itu tidak akan sampai. Selagi hanya akal jadi panduan, selagi itulah pencarian tuhan itu melalui jalan yang sesat.
Bila sampai je Jelatek,aku turun bersama hati yang resah.Aku takut nanti aku jumpa dengan orang Islam yang mempunyai soalan yang sama. Mampukah aku menegur mereka.Ataupun sekadar teguran di dalam hati.
Showing posts with label iman. Show all posts
Showing posts with label iman. Show all posts
Saturday, May 9, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
