Saturday, May 9, 2009

Kebatasan Akal !!!

Ini adalah posting pertama aku kat facebook...sebab xde idea lagik...amik jelah kan..enjoy

Perjalanan menggunakan Putra LRT dari Ampang Park ke Jelatek yang bertambangkan RM 1.60 itu bukanlah perkara yang sentiasa menyenangkan.Kadangkala terpaksa menunggu dua tiga kali trip barulah dapat keluasan 1 kaki persegi; muat-muat untuk aku menyelit. Namun sudah 4 tahun berlalu….sudah menjadi biasa.Di ruang kecil itu,aku memerhatikan pelbagai gelagat manusia.ada yang membaca,ada yang senyap sahaja, ada yang berborak macam LRT ni pasar Keramat. Aku macam biasa, fikiran menerawang entah ke mana.Kejap di rumah.Kejap di ofis.

Namun hari nih…perbualan tiga budak sekolah yang bukan Melayu itu membuatkan fikiranku tidak kemana-mana.Ada je kat Putra tuh.Ku fokuskan genggaman tangan kanan ku di tempat gayutan.Tangan kiriku di dalam poket supaya nampak lebih maskulin.Mataku pura-pura merenung ke Bangunan Felda tetapi telinga ku tepat mendengar perbualan mereka.Seorang mengatakan kewujudan tuhan .Seorang menafikannya dan mahukan bukti yang dia boleh nampak dan seorang lagi bercakap “Please slow down your tone !!!”.Di dalam hatiku terdetik…payahnya kalo orang yang mencari tuhan menggunakan akal.

Pencarian kewujudan tuhan dengan menggunakan logik akal semata-mata tidak mencukupi dan mudah terpesong.Sebagai seorang Islam, kita ada satu lagi sumber yang maha tinggi dari akal yakni wahyu.Wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Wahyu yang dinamakan Al-Quran.Al Quran merupakan mukjizat yang paling agung dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad untuk disebarkan kepada seluruh umat manusia.Di dalamnya terkandung pelbagai bukti kewujudan Allah.
Penggunaan akal untuk mencari bukti kewujudan Allah tidak salah.Tapi janganlah kita berfikir tentang zat Allah (Penciptaan Allah) tapi fikirkan kehebatan ciptaanNya.Dari situlah kita dapat rasakan keagungan dan keEsaanNya.

Di dalam surah Yassin, Allah membuktikan kekuasaanNya melalui peredaran matahari dan bulan pada orbit masing-masing. Peredaran matahari dan bulan ini mengikut aturan tertentu. Andai ke semuanya terapung bebas, sudah pasti bumi ngan bulan dah lama berlanggar.Ketetapan orbit ini pasti dikawal oleh kuasa yang maha besar.Hukum Newton mengatakan sesuatu tidak akan bergerak melainkan ada yang menggerakkannya.Bagaimana bulan dan matahari yang berat di ruang vakum itu boleh bergerak jika tiada siapa yang menggerakkannya? Adakah kerana graviti seluruh entity di angkasa raya itu membolehkan bulan,bumi dan matahari bergerak dalam laluan bujur? Tak tercapai akal memikirkannya.Itulah kekuasaan Allah.

Dengan menggunakan akallah timbul teori evolusi Darwin yang ramai disokong oleh “mandai-mandai”kiawan. Menurut teori ini,segala kehidupan di muka bumi ini berasal dari keturunan yang sama.Keturunan ini berubah dari satu tahap ke tahap yang lain demi menyesuaikan diri terhadap perubahan alam yang sentiasa berubah. Proses ini mengambil jutaan tahun,maka terhasil satu spesis yang kompleks bernama manusia. Andai benar teori ini,manakah rangka-rangka manusia yang separuh siap itu? Berbadan manusia berkakikan beruk.Berbadan beruk berkaki kan manusia.Tiada!!! tiada satu pun wujud makluk seperti itu.Paling kuat yang aku jumpa muka Maya Karin tapi badan ikan.Tulang dinasour berjuta tahun tuh pun boleh jumpa. Didalam Al-Quran terang-terang menyatakan keturunan manusia berasal dari Adam dan Hawa bukannya daripada makhluk lain bertukar menjadi manusia.

Bagi golongan ateis,bumi ini terbentuk dari ketidaksengajakan.Tiba-tiba dah ada? Wahai golongan yang tidak bersyukur tiada benda di cakerawala ini yang tiba-tiba dah ada tanpa penciptanya.Di dalam Al-Quran, Allah berfirman bahawa langit dan bumi pada asalnya adalah satu.Dengan kekuasaanNya, Allah pisahkan kedua-duanya. Ini serupa dengan teori Big Bang yang menyatakan bahawa alam ini asalnya bercantum padu,kemudian berlaku letupan kuat sekita 14 billion tahun lepas.Selepas itu berlaku proses pengembangan dan penyejukan sehingga lahir bintang-bintan,planet-planet, dan galaksi.Allah maha mengetahui apa yang kemudian dan apa yang mendatang.

Perhatikan air hujan,70% bumi ini dikelilingi air laut.Tapi bila hujan turun, tidak rasa masin pulak rasanya. Kalo hujan tengah-tengah laut pun tak masin.Bijakkan ciptaan Allah. Allahlah yang menentukan kadar sejatan supaya air hujan tidak masin.

Lihatlah pada diri kita sendiri. Kita tahu darah mengalir di seluruh tubuh kita.Bergelen-gelen darah dipam oleh jantung dengan tekanan yang kuat. Tetapi darah langsung tak keluar kat rongga-rongga terbuka macam mulut ngan hidung.Semuanya mengalir di dalam urat-urat darah kita.Hebatkan penciptaan kita ini.

Banyak lagi kehebatan ciptaan Allah yang menunjukkan kewujudan Allah. Namun kalau hati tu dah gelap. Memang penafian itu sentiasa wujud. Bagilah berbilion bukti, hidayah itu tidak akan sampai. Selagi hanya akal jadi panduan, selagi itulah pencarian tuhan itu melalui jalan yang sesat.

Bila sampai je Jelatek,aku turun bersama hati yang resah.Aku takut nanti aku jumpa dengan orang Islam yang mempunyai soalan yang sama. Mampukah aku menegur mereka.Ataupun sekadar teguran di dalam hati.

6 comments:

ZUWAIRI ABD AZIZ said...

Tarzan yang beriman dan bertakwa...ala-ala ahli sufi gitu

JustinBebel said...

Wah...Iye...Tarzan yang menjaga Aurat !!!

fadzlizuka said...

tarzan yang ni ekor kat depan ke kat belakang?

wahahhaha...

JustinBebel said...

Kalo chee tah aku tau lah ekor dia kat mana :)...kalo Tarzan...lu pk lah sendiri...huhuhuhu

ZUWAIRI ABD AZIZ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
iam_khufu said...

Aku pernah ditanya oleh seorang Atheis tentang kewujudan tuhan dan macam mana rupa bentuknya. Soalah macam ni sah2 aku tak dapat jawab. Macam mana nak tahu rupa tuhan sedangkan rupa muka datuk kepada moyang sendiri pun aku tak tahu. Apa aku boleh jawab pasal bukti kejadian seperti bawah ni:-

1) Akal manusia dalam bahasa Inggerisnya intelligence. Puak Atheis ni cakap akal manusia berevolusi. Aku jawab betul tapi berevolusi bukan sebagaimana puak Atheis ni faham. Kepintaran ni berevolusi dari ko tak reti membaca jadi reti membaca dan sebagainya. Cuba tengok Artificial intelligence yang dicipta oleh Jurutera dalam bidang komputer. Walaupun nak bandingkan kepintaran Komputer tak sama dengan kepintaran manusia tapi kepintaran Komputer itu dicipta bukan berevolusi. Kalau kepintaran komputer tu pun dicipta takkan kepintaran manusia berevolusi? Jadi pandailah fikir sendiri.

2) Sistem solar, siang dan malam, penggantian musim dan perubahan iklim. Kita semua mengambil "kefahaman" bahawa Matahari terbit dari timur dan terbenam di barat. Kenapa aku buat dua koma(" ") pada perkataan kefahaman sebab nak menetapkan perimeter perbincangan. Kerana ada juga puak bengong ni menyebut bumi ini bulat jadi timur boleh jadi barat dan barat boleh jadi timur (suka hati koranglah). Berkenaan dengan matahari terbit dari timur dan terbenam pada sebelah barat kau nak kaitkan dengan sistem peredaran matahari. Pasal apa selama 25 tahun aku hidup ni, tiap2 hari aku bangun, matahari tetap terbit dari timur tak dari barat. Tak pulak dalam hidup aku pernah aku tengok matahari terbit dari barat dan tenggelam di timur(hari kiamat tu lainla). Tak pulak dalam hidup aku matahari tu terbit dari selatan lepas tu bumi berhenti berpusing jadilah di Malaysia ni siang selama 4 tahun lepas tu matahari tenggelam kat utara. Sekarang ni siapa yang mengawal sistem matahari terbit ni? Kalau kita ambil contoh kilang2, mesin, kenderaan, komputer dan sebagainya semua tu ada orang yang mereka sistem tersebut sehingga dia berfungsi sedemikian rupa. Walaupun sekarang ni kebanyakan kilang menggunakan robot tapi tak lepas daripada menggunakan satu sistem yang ada orang yang membuatnya.

Sebab tu la akal aku tak boleh terima bahawa tak der sesuatu yang mengawal seluruh alam ni. Nasib baik aku ni agama islam dan tahu "sesuatu" yang mengawal peredaran alam semesta ni adalah tuhan yang kita panggil Allah.