Monday, May 11, 2009

PPSMI ...

Isunya terlalu ringkas … Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains…tetapi dibesarkan menjadi seolah-olah kanser yang boleh menghapuskan terus Bahasa Melayu di dunia ini. Tetiba sahaja beribu-ribu orang menjadi pejuang bahasa “segera” yang berkumpul di Masjid, berkobar-kobar melaungkan betapa cintanya mereka kepada Bahasa Melayu. Padahal hampir semua nya pengetahuan peribahasa dan simpulan bahasa lebih cetek daripada Karam Singh Walia.

PPSMI bukan lah satu gelanggang bagi pihak yang tertentu untuk menjadi jagoan dalam memperjuangkan bahasa.Pemansuhan PPSMI dan perjuangan keperkasaan Bahasa Melayu adalah dua entiti yang berbeza. PPSMI bertujuan untuk mempersiapkan pelajar dalam menempuhi dunia nyata sekarang yang memang tidak dinafikan mendewatakan Bahasa Inggeris. Aku pasti tidak terlintas di fikiran kerajaan untuk mematikan terus Bahasa Melayu. Bukannya semua subjek ditukarkan kepada Bahasa Inggeris , dua subjek dan beberapa lagik subjek teknikal yang lain. Geografi,Prinsip akaun,  Ekonomi, Agama, et al masih lagi dalam bahasa Melayu. Subjek itu bukan ilmu ker?Jadi kenapa hendak bising.

Kalau benar ingin berdemo memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Pergilah di setiap IPTA yang ada di Malaysia ini. Pakailah baju bertemakan apa yang korang suka…nak kuning, merah, ungu, oren, biru laut…laungkanlah…jeritlah apa yang nak dijeritkan. Adakah buku yang mereka gunakan sebagai rujukan itu bahasa Melayu untuk subjek-subjek untuk kursus-kursus kejuruteraan,sains, perubatan, biologi, kimia, dan lain-lain yang sespesis dengannya.

Selama tidak ada PPSMI ini. Tiada pula orang nak memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu. Tiada pula orang mempersoalkan penggunaan Bahasa Inggeris di IPTA. Tiada pula orang hiraukan ketandusan buku rujukan bahasa Melayu di IPTA. Kalau ada pun buku dalam bahasa Melayu, ramai lagi akan beli buku Bahasa Inggeris.

Kepupusan ini bukanlah disebabkan oleh kerajaan. Pengguna bahasa Melayu itu sendiri : Orang Melayu lah kan. Apabila tiada keyakinan dalam bahasa Melayu, itu yang rasa bahasa Melayu itu lemah. Orang kata bahasa Melayu sekarang adalah bahasa Inggeris yang telah diMelayukan. Jadi apa masalahnya dengan “telah diMelayukan”. Bahasa Inggeris yang diguna pakai sekarang pun telah diinggeriskan daripada bahasa Latin,bahasa Perancis,bahasa Arab, bahasa Itali dan beribu bahasa lagi maka dari asimilasi ini kekuatan itu wujud.Asimilasi ini bukannya satu proses yang pendek. Kekuatan bahasa itu bukan kerana bahasa itu sendiri, tetapi ia kuat kerana ilmu yang ada kepada pengguna bahasa itu.

Di Malaysia ini ramai malah ribuan Profesor dan Dr yang menjalankan kajian mengikut kepakaran masing-masing. Malah di antara mereka ini diperakui tahap keilmuan mereka di mata dunia. Tapi sayang, amat sedikit Jurnal dan kertas kerja kajian yang berbahasa Melayu. Ye…faham…susah hendak menulis di dalam Bahasa Melayu kerana bimbang maksud tidak sampai…Tetapi bukankah wujud Institut Terjemahan Negara. Mintalah bantuan. Benda dunia, mesti ada jalan. Buatlah dua versi satu bahasa Inggeris , untuk perbentangan antarabangsa..dan buat kerja lebih sedikit untuk menterjemahakan kepada bahasa Melayu demi memperkayakan kosa kata bahasa Melayu.

Polemik pro dan kontra PPSMI memang tidak ada kesudahannya, masing-masing layak untuk memberikan pandangan masing-masing.Tiada yang betul-betul pro, tiada yang betul-betul kontra. Bagi aku , aku letakkan diri aku di dalam situasi kebanyakan pelajar-pelajar Malaysia. Kebanyakan pelajar Malaysia ini tidak kira luar banda mahupun bandar, masih terlalu lemah penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Hendak belajar bahasa Inggeris pun terkial-kial , ini kan pula nak belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Matematik dan Sains tidak disempadankan dengan bahasa. Semua bahasa boleh dipakai asalkan pelajar memahami apa yang ingin disampaikan. Aku yakin ramai pelajar lebih memahami dengan bahasa yang biasa mereka gunakan. Kita tidak mahu kerugian pelajar yang bijak dalam matapelajaran ini tetapi kerana ketidak mahiran dalam berbahasa Inggeris kebijakan mereka dikekang. Keintelektualan berbahasa bukan semua orang ada, jadi menggunakan paksaan untuk mempelajari sesuatu amatlah sukar. Mari kita lihat sistem pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah, kita mempelajari Bahasa Inggeris sejak darjah satu hingga ke tingkatan 5, maknanya 11 tahun kita belajar Bahasa Inggeris tetapi masih sukar untuk berbahasa Inggeris termasuklah yang sedang menulis….:).Kalau kat rumah dah loghat kelate, nogori, ganu, dan utagha bagaimana bahasa Inggeris nak cekap. Adakah kita yakin dengan menggunakan bahasa Inggeris dalam dua-dua subjek ini, kita boleh menghasilkan ramai pelajar yang mahir Bahasa Inggeris.

Sistem yang ada sebelum ini tidaklah gagal. Ramai sahaja yang maju walaupun menggunakan bahasa kebangsaan. Yang mustahak, pelajar itu sendiri. Kalau dia ingin maju dalam Bahasa Inggeris dia sendiri yang kena usahakan. Biarlah Matematik dan Sains itu dalam bahasa Melayu. Demi kefahaman mereka.

Bagi pejuang-pejuang bahasa tempelan. Sila cari platform lain untuk memperjuangkan bahasa. Ini bukan tempatnya…lagi satu lain kali buleh tak jangan buat kat Masjid. Kalo nak ajak solat jemaah punya lah payah, kalo nak ajak berdemo ramai lah pulak.

No comments: